Sunday, August 1, 2010

TARIKH-TARIKH YANG PENTING

DEMO 1: 23/08/10 - 27/08/10(5%)
DEMO 2: 04/10/10 - 09/10/10(5%)
PSM 2 DRAFT REPORT: 18/10/10 - 22/10/10

Kemas kini PSM2 (i)

Laman login serta penukaran kata laluan bagi pengguna telah dibina. ID bagi setiap pengguna adalah perlu memasukkan No Matrik bagi pelajar dan No pekerja bagi staff dan admin. Manakala kata laluan pula adalah dengan memasukkan no IC. Namun begitu, pengguna boleh mengubah kata laluan mengikut kehendak masing-masing.


Laman bagi admin untuk menguruskan pengguna seperti menambah, mengedit serta memadam pengguna juga telah dibangunkan. Namun begitu laman ini belum dihubungkan dengan pangkalan data.

Friday, October 16, 2009

Pembentangan PSM1

Pembentangan PSM1...

Tarikh: 19/10/2009
Tempat: Bilik 1
Masa: 3.50 pm

Penilaian: Dr
Norafida Bte Ithnin
Puan
Anazida Binti Zainal

Monday, October 12, 2009

Bab 3-Pemilihan Teknologi


Sebab-sebab pemilihan teknologi

UML-
UML dapat mewakili sebuah objek dalam bentuk dokumen dan berorientasikan objek dan juga terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk membina UML.

ASP.NET AJAX dengan VB- Cekap disebabkan sebahagian proses dilakukan di browser, mempunyai elemen GUI yang lebih terkenal dan mudah disesuaikan dengan keperluan kawalan server serta boleh menyokong browser yang terkenal.

VB pula dipilih untuk antaramuka pengguna kerana pengaturcaraannya yang mudah dimana tidak perlu mengisytiharkan nilai yang hendak diguna.

Apache Server- Dipilih kerana percuma dan mudah didapati di internet.

MySQL-
mampu menghantar serta menerima data dengan cepat dan multi pengguna

Rational Rose - Telah menyediakan kemudahan untuk membina rajah kes, kes jujukan serta rajah UML.

MIcrosoft Visual Stdudio- Boleh menyokong pelbagai bahasa program, menyediakan pelbagai kemudahan untuk membina laman web.



Tambahan Perbandingan Sistem SAma/Sedia ada

Selain Sistem PTK dan Mathematic Competency Test, sistem lain yang akan dibuat perbandingan adalah Sistem Penilaian Generik UKM.

Sistem tersebut akan menilai kompetensi generik bagi semua pelajar UKM. Pelajar, mentor, felo , pensyarah PPP dan PPU yag akan membuat penilaian bagi menilai tahap kompetensi generik terhadap pelajar.

www.ukm.my/spkg/

Bab 4-Rekabentuk Awalan

Merekabentuk seni bina sistem, kes guna, rajah jujukan, rekabentuk skrin dan menu dan juga navigasi halaman.

Kes guna dibina untuk setiap pengguna iaitu kes guna untuk pelajar, pensyarah dan juga admin.
Rajah jujukan bagi setiap modul yang boleh dicapai oleh setiap pengguna juga akan ditunjukkan.


Seni bina Sistem











Kes Guna Pelajar











Kes Guna Pensyarah














Kes guna admin

BAB 3-pemilihan metodologi




Pemilihan Metodologi
Metodologi yang dipilih ialah RUP













Fasa Metodologi

Setiap fasa mempunyai prosesnya yang tersendiri bagi yang telah ditetapkan untuk membina sistem.

Fasa Permulaan

Pemilihan pengguna sistem, objektif, skop dan kajian terhadap keperluan sistem dan pengguna telah dijalankan pada fasa ini. Pada fasa ini, kaedah bagi mendapatkan maklumat tentang kehendak serta pendapat pengguna tentang sistem yang akan dibangunkan juga ditentukan. Kaedah yang ditentukan adalah dengan mengedarkan kaji selidik yang berbeza kepada pelajar dan juga pensyarah.Perancangan bagi pembangunan sistem juga dilakukan pada fasa ini.

Fasa Penghuraian

Apabila keperluan sistem dan keperluan pengguna telah diperoleh, rajah seni bina rajah kes guna, dan rajah jujukan akan dibina pada fasa ini. Rajah seni bina akan menunjukkan sistem secara keseluruhan. Rajah kes guna yang dibina adalah untuk menunjukkan modul yang boleh dicapai oleh pelajar, pensyarah serta admin.Perjalanan atau proses dalam setiap modul pula dinyatakan dalam rajah jujukan.


Fasa Pembinaan

Rekabentuk pangakalan data dan juga rekabentuk antaramuka sistem juga akan dijalankan pada fasa ini. Pembinaan sistem akan dilakukan dengan menggunakan maklumat yang terdapat rajah kes guna, rajah jujukan, rajah kelas dan juga rajah seni bina bagi keseluruhan sistem.

Fasa Pemindahan

Pada fasa yang terakhir , sistem yang sudah siap dibina akan diuji oleh pelajar dan juga pensyarah bagi mendapatkan maklumbalas tentang sistem ini. Proses pengulangan akan dilakukan pada setiap fasa bagi memastikan sistem benar-benar memenuhi keperluan sistem dan keperluan pengguna.