Monday, October 12, 2009

BAB 3-pemilihan metodologi




Pemilihan Metodologi
Metodologi yang dipilih ialah RUP













Fasa Metodologi

Setiap fasa mempunyai prosesnya yang tersendiri bagi yang telah ditetapkan untuk membina sistem.

Fasa Permulaan

Pemilihan pengguna sistem, objektif, skop dan kajian terhadap keperluan sistem dan pengguna telah dijalankan pada fasa ini. Pada fasa ini, kaedah bagi mendapatkan maklumat tentang kehendak serta pendapat pengguna tentang sistem yang akan dibangunkan juga ditentukan. Kaedah yang ditentukan adalah dengan mengedarkan kaji selidik yang berbeza kepada pelajar dan juga pensyarah.Perancangan bagi pembangunan sistem juga dilakukan pada fasa ini.

Fasa Penghuraian

Apabila keperluan sistem dan keperluan pengguna telah diperoleh, rajah seni bina rajah kes guna, dan rajah jujukan akan dibina pada fasa ini. Rajah seni bina akan menunjukkan sistem secara keseluruhan. Rajah kes guna yang dibina adalah untuk menunjukkan modul yang boleh dicapai oleh pelajar, pensyarah serta admin.Perjalanan atau proses dalam setiap modul pula dinyatakan dalam rajah jujukan.


Fasa Pembinaan

Rekabentuk pangakalan data dan juga rekabentuk antaramuka sistem juga akan dijalankan pada fasa ini. Pembinaan sistem akan dilakukan dengan menggunakan maklumat yang terdapat rajah kes guna, rajah jujukan, rajah kelas dan juga rajah seni bina bagi keseluruhan sistem.

Fasa Pemindahan

Pada fasa yang terakhir , sistem yang sudah siap dibina akan diuji oleh pelajar dan juga pensyarah bagi mendapatkan maklumbalas tentang sistem ini. Proses pengulangan akan dilakukan pada setiap fasa bagi memastikan sistem benar-benar memenuhi keperluan sistem dan keperluan pengguna.









0 comments:

Post a Comment